Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Darul Ridwan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) akan mengadakan program WINDOWTHON 2018.
Tujuan program ini adalah untuk melibatkan pihak komuniti setempat dalam pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber bestari, bilik galeri serta bilik-bilik khas yang lain untuk manfaat dan keselesaan para pelajar. Justeru, pihak sekolah berhasrat mengutip sejumlah RM50,000 bagi tujuan tersebut.
Selaras dengan program ini, satu kutipan derma akan diadakan sepanjang bulan Julai 2018 melalui kad kutipan derma yang diedarkan kepada para pelajar. Semua pihak sama ada individu mahupun organisasi dijemput untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan sekolah.
Berikut dilampirkan surat Kelulusan Permohonan Kutipan Derma daripada Jabatan Pendidikan Negeri JPN serta gambar kad kutipan derma sebagai rujukan.
1) 05-8072727 (Pejabat)
2) 012-5844917 (En Nithiaselvan, Penolong Kanan Kurikulum)
3) 012-6654319 (En Loo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Segala kerjasama dan sumbangan anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
LAMPIRAN BERKAITAN PROGRAM WINDOWTHON 2018;
No comments:
Post a Comment