UCAPAN PENGETUA





Assalamualaikum wm wth, Salam Sejahtera,
Citra Panther 2019: SMK Darul Ridwan yang terletak dalam mukim Aulong, Taiping yang lebih biasa dipanggil Darul, akan mula dikenali dengan  Panther mulai 2019 dan seterusnya.Jika Darul yang bermaksud rumah atau negeri itu biasa-biasa, Panther pula luar biasa.Hal yang demikian untuk mengembalikan semangat asal  Harimau Kumbang dan sejarah asal penubuhannya pada tahun 1965 sebagai Lower Secondary School For Boys.Apabila seseorang meneriakkan PANTHER!, seluruh warga dengan lantang mengaumkan kata MAU! sebanyak tiga kali dengan nyaring sehingga ngauman itu kedengaran, mula-mulanya ke seluruh daerah LMS, kemudian semakin kuat sehingga kedengaran ke seluruh Perak, dan menjadi lebih kuat sehingga ke seluruh  negara, ke seluruh Asia dan akhirnya dunia .Semangat dan Azam Panther 2019  tersemat kukuh di jiwa setiap warganya dan  bekas pelajarnya yang pernah mewarnai sejarah kegemilangan sekolah  suatu ketika dahulu.Bagi mencapai tujuan yang lebih khusus, semangat dan azam Panther!MAU! akan dipecahkan kepada 4 segmen utama iaitu Panther Membara utk Kurikulum,Panther Cakna  utk HEM, Panther Mengaum utk Kokurikulum dan Panther Mesra utk Perhubungan Luar dan PIBK.Semoga perubahan luaran yang membaluti beberapa penambahbaikan yang telah disusun dalam 4 bidang keberhasilan utama sekolah, meliputi tiga aspek kemenjadian murid (kurikulum, hem dan kokurikulum) dan satu aspek kemenjadian sekolah (imej,pembangunan dan hubungan luar) mencukupi dan mencakupi untuk mencapai sasaran di kedudukan 20 teratas dalam peperiksaan awam dan bidang-bidang yang lain.Kita mulai hasrat, semangat dan azam Panther  2019 ini pada 29 Disember 2018 melalui Ikrar Aku Serah di pihak ibu bapa dan Ikrar Aku Terima  di pihak guru yang diikuti dengan MoU di antara kedua-dua pihak sebagai tanda bermulanya kontrak atau bai'ah atau wa'adat ibu bapa-sekolah-ibu bapa atas kepercayaan bahawa kedua-duanya ada peranan dan sumbangan yang bukan kecil dalam memberi hanya terbaik kpd anak-anak kita bersama dan sekolah tempat mereka dididik,dibimbing dan diasuh.Semoga Tuhan membimbing kita dan mempermudah urusan kita.Panther! MAU!
 Terima kasih.


En. Abd Bashid bin Harun              
Pengetua Cemerlang 
SMK Darul Ridwan

No comments:

Post a Comment