Sunday 31 March 2019

~ LADAP KALI KEDUA BERSAMA PEGAWAI SISC+ ~



Ladap diteruskan lagi bersama pegawai- pegawai SISC+ yang dihadiri oleh Guru Kanan serta Ketua Panitia SMKDR. Semoga dengan program yang dijalankan dapat meningkatkan pdp selaras dengan pembudayaan pdpc abak ke-21.










~ KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT MSSD LMS ~



Tahniah diucapkan kepada pelajar bernama Sharmila kerana berjaya meraih tempat ketiga dalam acara 1500m. Tahniah kepada Yap Kang Shu berjaya meraih tempat ketiga dalam acara 
lompat pagar P14 100m dan  Kuan Jyh Yunn kerana meraih JOHAN dalam acara
 lompat tinggi dan acara lompat kijang L18 . Tahniah daripada warga sekolah kerana seklah kita berjaya meraih 2 pingat EMAS dan 4 Pingat GANGSA. Semoga para pelajar yang lain juga akan berjaya seperti mereka dan berusaha menaikkan nama baik seklah dalam bidang kokurikulum.

















~ PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH LMS ~



Pertandingan Bahas telah diadakan di SMKDR pada 5 Mac 2019. Pertandingan antara sekolah kita dan SMK Seri Kota. Walaupun tidak berjaya namun ia merupakan pendedahan bagus buat pelajar - pelajar yang menyertainya pada tahun hadapan.












~ LADAP BERSAMA PEGAWAI SISC+



LADAP - Grow Couching Model for Middle Leaders pada 4 Mac 2019 
di Makmal Komputer A. Semua barisan  Guru Kanan serta Ketua Panitia turut serta dalam bengkel yang dijalankan pada pukul 2.30  hingga 5.00 petang.











~ LAWATAN OLD BOYS BATCH 1980 -1985 ~




SMKDR dikunjungi oleh lawatan daripada OLD BOYS pada 3 Mac 2019. Semoga dengan kehadiran mereka dapat memberikan harapan dan sumbangan yang besar kepada warga SMKDR. Terima kasih diucapkan kepada mereka.