Tuesday 31 July 2018

~ HARI KOKURIKULUM DAN PERKHEMAHAN PERDANA 2018 ~



Program ini telah berlangsung pada 19 Julai 2018 di SMK Darul Ridwan. Semua warga SMKDR bekerjasama dan bersama memeriahkan dalam menjayakan program ini.























~ KARNIVAL SAINS PERINGKAT DAERAH LMS ~



Karnival ini telah diadakan pada 18 Julai 2018 di SMK Taman Tasik, Taiping Perak. Sekolah kita menjadi tuan rumah untuk program ini.




















Sunday 15 July 2018

~TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN ISYARAT BENDERA ST. JOHN AMBULAN ~



Tahniah diucapkan kepada Pasukan St. John Ambulans sekolah kita kerana mendapat Naib johan peringkat negeri, Signaling. Begitu juga Ketua Penasihatnya Pn. Wan Fahaizan serta Pn. Malissa yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Terima kasih juga diucapkan kepada penasihat yang lain. Satu pencapaian yang amat membanggakan sekolah kita.




~ BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA TAMIL PT3 ~


Pada 14 Julai 2018, pelajar- pelajar India tingkatan 3 telah mengikuti bengkel di SMK (P) Treacher Taiping bersama guru Bahasa Tamil, Encik Ganesh a/l Tarumalingam. 















~ SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT LMS ~


Tahniah kepada Puan Sarojini a/p M.Sivagurunathan dan Encik Loo Chin Cheang kerana berjaya meraih Anugerah Khas Kurikulum dan Anugerah Khas Kokurikulum. Semoga kejayaan yang diperoleh oleh mereka dapat menaikkan lagi semangat para guru SMKDR agar sentiasa berusaha dalam meningkatkan profesionalisme perguruan.









~ MAJLIS GOTONG - ROYONG BILIK PENGAWAS ~






















~ KURSUS MODAL INSAN & KEPIMPINAN KEPADA PENGAWAS KOPERASI ~



Pada 1 Julai 2018 warga SMKDR telah dikunjungi oleh Pegawai Pelajaran Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan Angkasa, En. Mohd Hishamizan bin Haji Yahya.
 Seramai 30 orang pengawas terlibat dalam kursus tersebut. Perkongsian idea bersama agar dapat meningkatkan pengurusan koperasi sekolah SMKDR.





























Sunday 1 July 2018

~ MAKLUMAN BERKAITAN DENGAN WINDOWTHON 2018 ~



Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Darul Ridwan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) akan mengadakan program WINDOWTHON 2018.

Tujuan program ini adalah untuk melibatkan pihak komuniti setempat dalam pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber bestari, bilik galeri serta bilik-bilik khas yang lain untuk manfaat dan keselesaan para pelajar. Justeru, pihak sekolah berhasrat mengutip sejumlah RM50,000 bagi tujuan tersebut.

Selaras dengan program ini, satu kutipan derma akan diadakan sepanjang bulan Julai 2018 melalui kad kutipan derma yang diedarkan kepada para pelajar. Semua pihak sama ada individu mahupun organisasi dijemput untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan sekolah.

Berikut dilampirkan surat Kelulusan Permohonan Kutipan Derma daripada Jabatan Pendidikan Negeri  JPN serta gambar kad kutipan derma sebagai rujukan.

Sebarang pertanyaan berkenaan program WINDOWTHON 2018 bolehlah dikemukakan kepada:
1) 05-8072727 (Pejabat)
2) 012-5844917 (En Nithiaselvan, Penolong Kanan Kurikulum)
3) 012-6654319 (En Loo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Segala kerjasama dan sumbangan anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

LAMPIRAN BERKAITAN PROGRAM WINDOWTHON 2018;