Wednesday 27 December 2017

~ KEPUTUSAN PT3 SMKDR ~



Tahniah buat pelajar cemerlang 2017.. Kew Winson dan  Mohamad Ridzuan bin Mohd Sukri yang berjaya mendapat 9A 1B dan Muhammad Najmuddin bin Mohd Arof yang mendapat 8A 2B.









~ KEM SILAT PERINGKAT KEBANGSAAN ~


Tahniah buat Asraf dari tingkatan 3T1 kerana telah lulus dan layak memiliki sijil Jurulatih Muda peringkat kebangsaan. Kem ini turut dijayakan oleh Datin Feridah, Srikandi Negara 2017.








~ CERAMAH QUANTUM LEARNING ~



Pada 9 Disember 2017, ceramah QL dan Promosi Silat 1Malaysia telah diadakan di SMK Bercham, Daerah Kinta Utara. 















~ MAJLIS PERPISAHAN PN. SOMSI DAN PN. ZANITA ~



Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.  Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan dengan DUA orang guru yang kita amat sayangi dan cintai pada 24 November 2017... 



























Tuesday 26 December 2017

~ SUMBANGAN DARIPADA YB DATUK AHMAD SHALIMIN BIN AHMAN SHAFFIE ~


Hampir siap bilik pengawas dan dapat sepenuhnya pada tahun hadapan. Sekalung penghargaan buat YB Datuk Ahmad Shalimin kerana menyumbangkan buat warga SMKDR.. :)







~ KEPIMPINAN NEGERI PENDIDIKAN GURU PERAK ~



Pada 21 November 2017, telah diadakan Program Kepimpinan Pendidikan Guru Negeri Perak di Ipoh, Perak. 











Wednesday 6 December 2017

~ TAKLIMAT PLKN ~


Pada 10 November 2017 telah diadakan taklimat berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada pelajar tingkatan 4.









~ CERAMAH GEJALA SOSIAL ~


Ceramah berkaitan gejala sosial telah diberkian oleh wakil pasukan Polis Aulong kepada pelajar - pelajar perempuan SMKDR pada 8 November 2017.












~ SUMBANGAN DARIPADA KUMPULAN SAHABAT AULONG ~


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Sahabat Aulong yang menghulurkan sumbangan kepada pelajar yang tidak berkemampuan. Moga dengan sumbangan bakti yang dibuat dapat meringankan beban mereka semua.


















~ PASUKAN SUKMA PERAK~


Tahniah buat pelajar SMK Darul Ridwan, saudari Hong Hong dari tingkatan 4V2 kerana tersenarai dalam acara Tunggal Puteri.. Moga mendapat kejayaan seterusnya pada masa akan datang... tahniah sekali lagi!!!






~ MAJLIS MAKAN MALAM KGSS 2017 ~


Telah diadakan pada 26 Oktober 2017...Tahniah buat AJK KGSS yang berjaya menjayakan majlis dengan sambutan meriah oleh warga SMKDR :)



















Monday 23 October 2017

~ HARI SUKAN NEGARA ~



         Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada 14 Oktober 2017 yang diraikan serentak seluruh negara telah disambut baik dengan semangat kesukanan yang tinggi oleh seluruh warga SMK Darul Ridwan. Program ini telah diadakan pada 13 Oktober 2017 dengan sambutan yang menggalakkan oleh warga sekolah. Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif negara di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' (Sporting Nation).






























~ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMKDR 2017 ~


           Perkhemahan Perdana  telah diadakan pada 14 Oktober 2017 di Padang SMK Darul Ridwan melibatkan semua unit beruniform SMK Darul Ridwan. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Perkhemahan ini diharap dapat memberi pengetahuan berguna dalam ilmu perkhemahan serta mempraktikkan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. 


















Program ini dikelolakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Taiping, Perak. 

















Program dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan, 
Encik Mohd Ali Imran bin Mohd Yunos.