Wednesday 26 December 2018

~ PK HEM BARU TAHUN 2019 ~



Selamat datang buat Puan Lee Guat Cheng ke SMKDR kerana dilantik sebagai  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang baru bagi tahun 2019. 



~ SUMBANGAN DARIPADA DUN AULONG ~



                   Pada 1 Disember 2018, Tuan Pengetua telah menerima sumbangan daripada ADUN Aulong Taiping, YB Nga Kor Ming dalam satu majlis yang telah diadakan  dikawasan berkenaan  bagi memajukan serta meningkatkan pengurusan SMKDR. Jutaan terima kasih buat YB diatas sumbangan yang telah diberikan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya dalam memajukan pembangunan sekolah SMKDR.





~ KEPUTUSAN PT3 2018 ~



              Pada 13 Disember 2018, merupakan hari buat para pelajar tingkatan 3 mengambil slip keputusan PT3. Daripada analisis PT3 pada tahun ini seramai 4 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang. Pelajar berkenaan ialah Low Wan Ling meraih 7A , Ching Kai Jian dan Tan Jun Shen meraih 5A dan Iresha Tan Kaleesvaran memperoleh 4A. Tahniah pada yang berjaya daripada warga SMKDR. Panther Roar!!!Semoga kejayaan akan diraih dengan lebih cemerlang pada tahun 2019.



























Sunday 2 December 2018

~ UCAPAN DARI PENGETUA, ENCIK ABDUL BASHID BIN HARUN ~



Sempena cuti akhir tahun 2018, manfaatkanlah cuti sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah dan manfaat sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Akhir sekali saya ingin mengucapkan “Selamat Bercuti”kepada semua warga pendidik dan pelajar-pelajar SMK Darul Ridwan dengan harapan apa jua yang kita lakukan semoga diberkati dan dirahmati oleh tuhan. Sekian, terima kasih :)