Saturday 19 May 2018

~ PROGRAM IHYA' RAMADHAN ~



Pada hari Khamis, 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan telah diadakan program TADARUS AL-QURAN oleh para pelajar Muslim SMK Darul Ridwan. Program ini dikelolakan oleh Ustazah Hartiynie. Program dijalankan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Musolla SMK Darul Ridwan. 




~ KEJOHANAN HOKI DAERAH LMS ~



Jutaan terima kasih buat para guru yang terlibat dalam mengelola kejohanan hoki di SMK Doktor Burhanudin dan SK KE IV sebagai tuan rumah dalam menguruskan kejohanan. 





~ SAMBUTAN HARI GURU 2018 ~



Pada 16 Mei 2018, program Sambutan HARI GURU telah diadakan dan telah dihadiri oleh tetamu jemputan, Encik Ahmad Abas bin Saidin (Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Bertemakan 'Guru Pemacu Transformasi Pendidkan' diharapkan agar semua guru memperkasakan usaha dalam bidang pendidkan yang semakin mencabar ini. Sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan persembahan pelajar iaitu nyanyian, orkestra cina, public speaking serta gimik persembahan daripada pelajar tingkatan 5K1.









~ NAIB JOHAN PERTANDINGAN SENI SILAT PERINGKAT DAERAH LMS ~



Tahniah buat pelajar- pelajar yang berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan. Semoga berjaya pada tahun hadapan. Tahniah daripada WARGA SMKDR. 



~ MINGGU BAHASA SMK DARUL RIDWAN ~



Program Minggu Bahasa berjalan lancar pada bulan April 2018, tahniah buat semua pelajar yang menyertai pertandingan yang telah diadakan dengan jayanya. 









~ TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN POETRY RECITATION DAERAH LMS ~



Tahniah buat Iresha Tan dan Vence daripada tingkatan 3T1 kerana berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan yang telah diadakan di SMK Tunku Menteri. Ucapan tahniah sekali lagi daripada WARGA SMKDR.


~ PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS / HIP PERINGKAT SEKOLAH ~



          Pelancaran ini telah diadakan pada 7 Mei 2018 sewaktu perhimpunan pagi Isnin diadakan. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Encik Raymond a/l Mariadas. 

















~ TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT DAERAH LMS ~



Tahniah buat Dhanika Tan a/p Kaleesvaran daripada tingkatan 5V1 kerana berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan yang telah diadakan di SMK Dato Wan Ahmad Rasdi. Ucapan tahniah sekali lagi daripada WARGA SMKDR. 




~ MAJLIS PERASMIAN BILIK PERSIDANGAN '75 - '79 DAN MUSOLLA SMKDR ~



Pada 30 April 2018, telah diadakan Majlis Perasmian Bilik Persidangan dan Musolla. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Aminudin bin Mhd Nor, AMP.,PPT - Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Perak Darul Ridzuan.  Majlis ini dimeriahkan dengan kedatangan bekas pelajar SMK Darul Ridwan. 
Jutaan terima kasih diucapkan kerana telah menyumbang kepada pihak sekolah. 









~ TAHNIAH BUAT AHLI PASUKAN ST.JOHN AMBULANS


         Pada 29 April 2018, 10 orang ahli pasukan St. John Ambulans SMK Darul Ridwan telah terpilih untuk membantu dalam Khidmat Komuniti SJAM Perak Utara di Aulong, Perak. Pihak komuniti amat berterima kasih diatas penat lelah ahli pasukan SJAM yang bertungkus lumus menghulurkan bantuan.