Wednesday 24 January 2018

~ LATIHAN KEBAKARAN ~


Program ini telah diadakan pada 19 Januari 2018. Semua pelajar dan guru serta warga SMKDR bekerjasama dalam menjalankanya dengan baik. PK HEM berharap agar semua pelajar bergerak dengan lebih pantas agar dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.  









~ MAJLIS PERPISAHAN CIKGU TEOH ~



Pada 9 Januari 2018, telah diadakan majlis jamuan buat guru yang diayangi oleh pelajar, Cik Teoh setelah lama berkhidmat di SMKDR. Sikap beliau yang selalu baik hati dan rapat dengan pelajar membuatkan beliau selalu diingati oleh semua baik guru, pelajar dan warga SMKDR.



































Wednesday 3 January 2018

~PERJUMPAAN IBU BAPA DAN PENTADBIR SEKOLAH~


Hari Pertama Persekolahan iaitu pada 2 Januari 2018 sekolah telah mengadakan perhimpunan rasmi untuk mejelaskan pencapaian dan peraturan sekolah. Tn. Hj Zubaidillah bin Sulaiman telah membentangkan pencapaian serta pelan strategik NEW SMKDR . En. Nithiaselvan telah membentangkan KPI Sekolah Bagi Tahun 2018.

 Pn. Roziah, memegang jawatan sementara PK Kokurikulum telah menyampaikan perancangan Kokurikulum pada tahun ini. PK Pentadbiran telah memberikan ucapan dan membentangkan Perancangan Kurikulum. Pengetua telah menyampaikan ucapan dan menegaskan bahawa kecemerlangan perlu dicapai oleh semua warga SMKDR.