Monday 23 October 2017

~ HARI SUKAN NEGARA ~



         Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada 14 Oktober 2017 yang diraikan serentak seluruh negara telah disambut baik dengan semangat kesukanan yang tinggi oleh seluruh warga SMK Darul Ridwan. Program ini telah diadakan pada 13 Oktober 2017 dengan sambutan yang menggalakkan oleh warga sekolah. Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif negara di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' (Sporting Nation).






























~ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMKDR 2017 ~


           Perkhemahan Perdana  telah diadakan pada 14 Oktober 2017 di Padang SMK Darul Ridwan melibatkan semua unit beruniform SMK Darul Ridwan. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Perkhemahan ini diharap dapat memberi pengetahuan berguna dalam ilmu perkhemahan serta mempraktikkan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. 


















Program ini dikelolakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Taiping, Perak. 

















Program dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan, 
Encik Mohd Ali Imran bin Mohd Yunos. 



Tuesday 3 October 2017

~ PECUTAN AKHIR - MATEMATIK PT3 ~

       
                    Program PECUTAN AKHIR oleh Panitia Mata pelajaran MATEMATIK telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Darul Ridwan. Program ini diadakan pada 2 Oktober 2017 dan dikelolakan oleh Puan Nor Azizah binti Abdul Ghani dan Puan Sangeeta a/l Arumugam.















~ ENGLISH DAY CAMP 2017 ~

        
        Pada 30 September 2017, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan satu program iaitu English Day Camp yang diadakan di SMK Darul Ridwan. Para pelajar gembira menyertai program tersebut.


1. first clue - crytogram
















 2. second station - riddles








 3. third station - boggle 










4. forth station -crossword puzzle




 5. fifth station  - singing




6. sixth station  - creating a story using old newspapers













~ MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017 ~


        Pada  28 September 2017,  telah diadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2017 SMK Darul Ridwan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Ahmad Shalimin bin Hj. Ahmad Shaffie PJN., DPMP., DMSM., JP. Beliau merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak. Kedatangan beliau disambut meriah oleh seluruh warga SMK Darul Ridwan. Majlis ini juga diraikan oleh para jemputan Pegawai Pelajaran Daerah LMS, Pegawai Perhubungan Polis, Yang Dipertua PIBG, Tuan Pengetua serta para guru, ibu bapa dan pelajar - pelajar SMK Darul Ridwan.





         Ucapan ribuan terima kasih buat YBhg Dato' kerana menyumbang sebanyak RM30000 bagi tujuan pembangunan sekolah SMKDR,  RM2000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta RM1000 untuk Kelab Guru dan Staf (KGSS). 







       Kedatangan YBhg Dato' memberi seribu makna buat warga SMK Darul Ridwan. Moga pada masa akan datang beliau dapat menghadiri majlis yang akan diadakan di sekolah ini lagi. 
















  YBhg. Dato' menyampaikan ANUGERAH OLAHRAGAWAN kepada
MOHAMAD ASHRAF DANIAL BIN MOHD NASIR dari tingkatan 3T1


YBhg. Dato' menyampaikan ANUGERAH OLAHRAGAWATI kepada 
 LAW HONG HONG dari tingkatan 4V2



                             

Tahniah buat penerima : (barisan dari kanan)
 ANUGERAH PANTHER AKADEMIK CEMERLANG 2017,
- SHU JO LIN dari tingkatan 5S1 - 

ANUGERAH PANTHER  EMAS 2017/ PANTHER OF THE YEAR 2017,
- LOK XUE LI dari tingkatan 5S1 -

ANUGERAH KOKURIKULUM CEMERLANG 2017, 
- SOON SUE FONG dari tingkatan 5V1 -

ANUGERAH PANTHER SUKAN CEMERLANG 2017 
- LOCK BEE SZE dari tingkatan 2T2 -