Saturday 24 March 2018

~ TAHNIAH BUAT LAW HONG HONG DAN MOHD ASRAF DANIAL ~



Pada 17 Mac 2018, satu pertandingan silat telah diadakan dalam Festival Silat Gangga Negara. Dua orang pelajar telah berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah sekali lagi buat dua orang pelajar iaitu Law Hong Hong dan Mohd Asraf Danial daripada tingkatan 4 dan 5.













~ TAHNIAH BUAT PELAJAR SPM 2017 ~



Pada 15 Mac 2018, bekas pelajar tingkatan 5 SMK Darul Ridwan mengambil slip keputusan SPM  2017. Dua orang pelajar telah berjaya meraih semua A dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Sekalung tahniah daripada warga SMKDR diatas kejayaan yang diraih. Manakala lima orang pelajar berjaya mendapat 8A. 











Monday 12 March 2018

~ KARNIVAL BAKAT SUKAN OLAHRAGA SIRI 01/2018 ~



Tahniah buat Kuan Jyh Yunn dari tingkatan 2T3 yang meraih pingat EMAS peringkat Kebangsaan di Stadium Za'ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pertandingan tersebut telah diadakan pada 7 hingga 10 Mac 2018. 







Thursday 8 March 2018

~ BARISAN ATLET SMKDR KE NEGERI SEMBILAN ~



All the best buat enam orang atlet- atlet SMKDR yang berjaya melayakkan diri dalam Kejohanan Olahraga yang merupakan wakil negeri Perak ke Negeri Sembilan. Semoga kita memperoleh kejayaan .. GO GO PANTHERS ROAR !!!!














~ LAWATAN OLD BOYS SMKDR ~




Pada hari Khamis, 8 Mac 2018 telah dikunjungi oleh wakil OLD BOYS ke sekolah kita. Pengetua berharap agar akan ada bekas pelajar yang dapat memberi sumbangan dalam menaikkan SMKDR seiring dengan hasrat pihak sekolah untuk menambahkan imej sekolah.



~ TAKLIMAT MENINGKATKAN PENGGUNAAN VLE DALAM KALANGAN GURU ~




Taklimat telah dibuat di Bilik Gerakan SMKDR pada jam 8.30 pagi iaitu hari Rabu bertarikh 7 Mac 2018. Taklimat telah disampaikan oleh wakil TM selaku penggerak VLE di semua sekolah setiap negeri. 































~ PROGRAM KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KELAS 2018 ~



Program ini dijalankan agar wakil pelajar  selaku ketua dan penolong lebih berkeyakinan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam bilim darjah. Selain itu, program ini
 memberikan motivasi agar para pelajar lebih bersemangat dalam mengetuai
 rakan- rakan lain dalam kelas masing-masing.