Monday 23 October 2017

~ PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMKDR 2017 ~


           Perkhemahan Perdana  telah diadakan pada 14 Oktober 2017 di Padang SMK Darul Ridwan melibatkan semua unit beruniform SMK Darul Ridwan. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Perkhemahan ini diharap dapat memberi pengetahuan berguna dalam ilmu perkhemahan serta mempraktikkan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. 


















Program ini dikelolakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Taiping, Perak. 

















Program dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Darul Ridwan, 
Encik Mohd Ali Imran bin Mohd Yunos. 



No comments:

Post a Comment